Bertemu Jodoh
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, terima email gembira dari calon baitulmuslim.com. Ini email beliau kepada kami:
Aslmkm...saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada BaitulMuslim.com. Saya sudah mendapat seorang yang dicari melalui blog ini. Unu makluman kami bercadang bernikah pada bulan xxxxx ini. Kami telah menjadi serius atas dasar suka sama suka. InsyaAllh.
Alhamdulillah, Tahniah, Jom sama sama doakan terbaik untuk pasangan ini. :)
Assalamualaikum,
kami terima lagi email ringkas daripada calon tentang bertemu jodoh. Ini email beliau :
Saya telah bertemu jodoh dengan ahli baitulmuslim email xxxx dan mendirikan rumahtangga pada tarikh xxxx . terima kasih kerana menjadi medan tengah penyatuan kami.
terima kasih..
Tahniah daripada baitulmuslim.com
admin baitulmuslim.com
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, lagi bertemu jodoh di baitulmuslim.com. Sebentar tadi menerima email dari calon baitulmuslim memberitahu bahawa beliau telah bertemu pasangan. Ini email beliau kepada kami.
Assalamualaikum,
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pihak BM kerana membina satu medium dalam menemukan muslimin dan muslimat yg tujuan utama adalah membina masjid. Saya ini seorang yang agak pemalu dan susah untuk mencari pasangan yang memahami secara real atau dalam situasi biasa. Jd platfom BM ini sangat bersesuaian dngan saya. Insyaallah jika tiada aral saya akan bertunang pada xxxxx tahun ini dengan muslimat yang saya ketemukan dalam BM ini juga. Insyaallah tahun xxxx semoga dipermurahkan rezeki oleh Allah saya akan kawin. Jadi say ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada pihak BM. Satu platfom mencari jodoh tapi penerapan agama itu ada, yang mana tiada dalam platform mencari jodoh lain.....Insyaallah kalau dah tahu tarikh kawin tahun xxxxx nanti saya akan emailkan jemputan...insyaallah.
Alhamdulillah, tahniah, sama sama kita doakan untuk mereka berdua.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, terima email ringkas dari calon baitulmuslim.com memberitahu kepada kami bahawa beliau telah berkahwin. Ini email ringkas dari beliau:
syukur alhamdulillah saya bertemu suami saya di baitulmuslim
Alhamdulillah, tahniah buat pasangan, barakallah.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, terima email gembira lagi dari calon baitulmuslim.com pagi ini memberitahu akan mendirikan masjid tidak lama lagi. Ini email dari calon tersebut:
Salam admin.Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat ilahi dan terima kasih kepada pihak baitul muslim kerana saya sudah menemui jodoh sya.Insyallah pada xxxxxxx saya akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan sya xxxxxxx.trm kasih pada admin. Alhamdulillah, tahniah buat pasangan ini, barakallah. Sama sama kita doakan untuk mereka.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pagi ini kami menerima lagi kiriman email dari calon baitulmuslim.com memberitahu bahawa beliau telah bertemu jodoh. Ini email beliau kepada kami.
assalamualaikum...saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada pihak baitulmuslim,kerana saya sudah temui jodoh saya di sini..alhamdulillah kami akan berkahwin pada xxxxxx depan..oleh itu saya ingin keluar dari dari baitumuslim.dan gambar saya juga di padam..terima kasih banyak sekali lagi..
sekian wassalam...
Alhamdulillah, Tahniah buat pasangan ini, Sama sama kita doakan untuk mereka berdua.
Assalamulaikum,
Alhamdulillah, terima email gembira dari calon baitulmuslim.com petang tadi memberitahu beliaun telah bertunang. Ini email beliau kepada kami:
Sudah bertemu jodoh insyaAllah dari BM juga. Baru sahaja bertunang xxxxx yang lalu. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan. Doakan saya dan pasangan dipermudahkan ke langkah seterusnya dan berkekalan. Tak sabar rasanya ingin promote BM bagi yang belum jumpa jodoh :)
Alhamdulillah, Tahniah buat pasangan, Jom sama sama kita doakan untuk mereka berdua.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, menerima email ringkas dari calon baitulmuslim.com dan ini email dari beliau:
Salam admin trima kasih BM...sy dah pn bertmu dgn jdoh sy dan kami akan btunang xlama lagi..trima kasih.
Sy btemu jdoh d baitulmuslim..trima kasih.:)
Alhamdulillah, tahniah buat pasangan ini. Sama sama kita doakan untuk mereka.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, menerima email dari calon baitulmuslim.com memberitahu kami beliau telah bertemu pasangan dan bakal berkahwin. Ini email dari beliau:
Alhamdulillah saya dah jumpa pasangan dalam BM ini.......Saya dah jumpa familynya........dan insyaallah kalau ada jodoh saya mmg target untuk kawininya pada tahun hadapan.
Alhamdulillah, Jom sama sama kita doakan untuk pasangan ini.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, terima lagi email gembira dari calon baitulmuslim.com memberitahu kami bahawa beliau telah bertemu pasangan. Ini email dari beliau:
ASSALAMUALAIKUM, warga baitulmuslim,
syukur dan alhamdulilah sy panjatkan pd Allah swt dan ucapan terima kasih sy titipkan buat warga baitulmuslim sb beri ruang sy menggunakan perkhidmatan ini. insyaAllah sy telahpun terbuka hati dan bertemu jodoh di baitulmuslim ini. sekian wassalam
Alhamdulillah, Jom sama sama kita doakan untuk pasangan ini.