Bertemu Jodoh

Kepada pasangan yang bertemu jodoh di Baitulmuslim.com, anda boleh memaklumkan kepada kami. Klik sini untuk mengisi makluman bertemu jodoh.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kami menerima lagi berita gembira dari calon baitulmuslim.com. Ini email dari calon tersebut.

assalamualaikum..dah bertemu jodoh di baitulmuslim..insya ALLAH xxxxxx
depan berkahwin..tq.

 

Alhamdulliah, tahniah buat mereka berdua dari kami team baitulmuslim...Barakallah.

 

Assalamualaikum,

Kami teleh menerima email dan mesej ringkas berkenaan bertemu jodoh daripada pasangan baitulmuslim di wassup kami. Alhamdulillah. Mereka bakal mengikat tali prenikah tidak lama lagi. Tahniah daripada team kami.

Terima kasih juga atas jemputan . :) 

 

Admin baitulmuslim.com 

Assalamualaiku, kami terima email berkenaan bertemu jodoh oleh calon. Ini merupakan email beliau pada kami, 

 Alhamdulillah admin.. saya dah bertemu jodoh melalui laman baitulmuslim ni.. syukur alhamdulillah. dan insyaAllah kami bakal melangsungkan perkhawinan bulan xxxx ini. Dan alhamdulillah sekarang kami diikatdgn ikatan pertunangan. apa2 pon, terima kasih banyak-banyak kerana admin bantu dalam menyediakan satu medium untuk saudara2 seislam utk berusaha mencari jodoh. hanya Allah yang mampu membalas usaha anda..  Alhamdulillah tahniah buat pasangan ini. Admin baitulmuslim.com   

Assalamualaikum...

 

Alhamdulillah, terima lagi mesej dari calon memberitahu bahawa beliau sudah selamat diijab kabul. Ini mesej dari calon tersebut.

Assalamualaikum....terima kasih kerana membantu mencari jodoh. Alhamdulillah saya dan pasangan bertemu jodoh di Baitulmuslim dan telah selamat diijab qabul pada xxxxxxx. Doakan pernikahan kami ini membawa kami ke syurga. InsyaAllah....Aamiin.

Alhamdulillah...Jom sama sama kita doakan untuk pasangan ini...Tahniah dari kami...Barakallah.

Assalamualaikum....

 

Alhamdulillah...Kami menerima lagi berita gembira dari calon baitulmuslim.com memberitahu kami  bahawa mereka bakal mendirikan baitulmuslim tidak lama lagi. Ini email dari beliau.

 

saya keluar dari baitulmuslim.com sebab saya dapat temui calon yang saya cari dan sekarang dalam langkah seterusnya untuk ke arah risikan, pertunangan dan pernikahan. In shaa Allah.

Saya bertemu dgn pasangan melalui laman baitulmuslim. Terima kasih admin baitul muslim.

Alhamdulillah, tahniah buat pasangan ini...Barakallah.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, kami terima lagi email gembira dari calon baitulmuslim memberitahu bahawa beliau telah bertemu jodoh dan akan mendirikan masjid. Ini email dari beliau.

" Terlebih dahulu terima kasih pada ALLAH kerana telah menemukan jodoh. terima kasih juga pada baitul muslim kerana menyediakan tapak untuk bertemu jodoh.. syukur alhamdulillah pada ALLAH kerna dengan izin Nya saya telah dipertemukan jodoh di laman ini.. setelah sekian lama pencarian akhirnya saya bertemu juga pasangan hidup saya. setelah bertemu dengan kedua orang tua pasangan masing-masing.. setelah perbincangan kami bersetuju untuk pada bulan xxxxxxxx nanti untuk bernikah... Ribuan terima kasih pada admin kerana dengan bantuan pihak admin saya bertemu jodoh.. syukur alhamdulillah... mohon doanya... "

Alhamdulillah, tahniah buat pasangan ini...barakallah.

Assalamualaikum warga baitulmuslim. Kami terima email daripada salah seorang calon mengenai bertemu jodoh. Ini merupakan email beliau : 

 

Assalamualaikum. Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana telah mempertemukan saya dengan BM yang sejujurnya saya tidak tahu kewujudannya. Tapi Alhamdulillah Allah takdirkan saya terlihat page Fb BM di laman FB saya dan saya terus mendaftar. Syukur sekali lagi saya telah bertemu seseorang di Bm dan in sya allah akan bertunang dalam masa terdekat. Mudah mudahan Allah permudahkan.  Wassalam. Alhamdulillah. Tahniah kepada kedua calon. Kami mendoakan akan agar urusan mereka untuk kahwin dipermudahkan Allah,  Admin baitulmuslim.com

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,  pagi tadi kami menerima email ringkas dari calon. Ini email ringkas beliau.

Salam..lupa plak nk bgtaw, maaf admin..kami berjumpa melalui BM ni..tp kami skrg saling berdoa agar Allah jdohkan kami..kami nk bercinta lpas nikah..insyaallah sampai masa kami akan disatukan.

Alhamdulillah, tahniah buat pasangan, barakallah.

 

Assalamulaikum....

Alhamdulliah...Kami menerima email ringkas dari calon baitulmuslim.com memberitahu bahawa telah bertemu jodoh. Ini email ringkas dari beliau kepada kami.

 

Insya Allah keluar kerana yakin dah bertemu dengan jodoh dari Allah. Alhamdulillah bertemu jodoh melalui BaitulMuslim.com. Syukran Jazilan.

 

Alhamdulillah...Tahniah dari kami team baitulmuslim kepada mereka berdua. Barakallah.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....Terima lagi berita gembira dari calon baitulmuslim tentang pertemuan jodoh mereka di baitulmuslim.com. Ini email dari beliaun kepada kami.

 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih mewujudkan laman web baitulmuslim. InsyaAllah,akan walimah x lama lg. To all admins, semoga dirahmati.

P/s ramai kawan2 join baitulmuslim jugak lepas tahu ^_^

 

Alhamdulillah, tahniah buat mereka dari kami team baitulmuslim.com. Barakallah.