fbpxMotivasi | Page 33 | BaitulMuslim.com

Motivasi

Ini adalah perkongsian artikel mengenai motivasi keyakinan diri.

"bila Allah dah tentukan jodoh mereka, akhirnya bertemu jua"

Kategori Artikel: 

Orang cakap, kalau dah jodoh tu, tak kan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh, jumpa juga akhirnya. Hingga ke jinjang pelamin juga jawabnya. Ada juga yang pada asalnya saling membenci, pergi mana-mana asyik jumpa sahaja, sehingga sanggup membawa diri hingga ke negara orang, namun, bila Allah dah tentukan jodoh mereka, akhirnya bertemu jua. Siapa sangka kan? Semua ini sudah tertulis.

"bukan hanya dapat dirasai oleh orang yang sedang bercinta, malah turut dirasai oleh mereka yang tidak bercinta"

Kategori Artikel: 

Setiap orang mempunyai perasaan rindu terhadap seseorang. Bukan hanya dapat dirasai oleh orang yang sedang bercinta, malah turut dirasai oleh mereka yang tidak bercinta. Ini kerana, rindu bukan hanya untuk mereka yang bercinta, kerana rindu bukan hanya untuk kekasih, bahkan untuk ibu bapa, adik beradik, saudara-mara dan kawan-kawan. Ada yang tidak sedar yang mereka sedang rindukan seseorang. Berikut adalah tanda-tanda yang anda sedang rindukan seseorang.

"meskipun mereka masih budak-budak, iaitu masih bersekolah rendah dan menengah, mereka sudah mengimpikan sesebuah perkahwinan"

Kategori Artikel: 
Cinta monyet sering kali dikaitkan dengan percintaan semasa di zaman persekolahan. Kebiasaannya, hubungan cinta monyet ini hanyalah bertahan semasa persekolahan sahaja. Namun, jangan di salah erti, masih ada antara mereka yang bercinta sejak dari sekolah lagi dan berkahir di jinjang pelamin juga. Cuma ianya jarang berlaku. Mungkin 1 dalam 100 pasangan. Sejauh mana kepastian itu, wallahualam. Secara realitinya, apabila cinta mereka berputik semasa badan mereka masih dibaluti dengan pakaian seragam sekolah, cinta mereka hanyalah sekadar cinta monyet. Meskipun mereka masih budak-budak, iaitu masih bersekolah rendah dan menengah, mereka sudah mengimpikan sesebuah perkahwinan.