KAWAN, SEKIRANYA SALAH, TOLONG INGATKAN!

KAWAN, SEKIRANYA SALAH, TOLONG INGATKAN!

"kerana terlalu ingin menjaga hati seorang kawan, mereka sanggup membutakan sahaja perkara yang terang-terang salah yang dilakukan oleh kawannya itu"

Dikarang oleh Inaaina | Dakwah

Kawan? Siapa kawan? Mengapa kita memerlukan seorang kawan? Kawan, adalah orang yang selalu berdamping dengan kita selain keluarga kita. Kita memerlukan seorang kawan adalah untuk berkasih sayang, untuk meluahkan isi hati, dan juga merupakan orang berpengaruh dalam hidup. Semua orang memerlukan kawan, ini dapat dibuktikan lagi apabila kita mempunyai sesuatu masalah dan masalah itu tidak sesuai untuk dibincangkan dengan ahli keluarga, lalu kita memerlukan kawan yang boleh mendengar masalah yang kita hadapi.

Namun, dek kerana terlalu ingin menjaga hati seorang kawan, mereka sanggup membutakan sahaja perkara yang terang-terang salah yang dilakukan oleh kawannya itu. Anda sepatutnya perlu:

Halang dari melakukan perbuatan salah

Seorang kawan yang baik, mereka berani menegur kawan mereka yang membuat kesalahan. Sebagai contoh, kawan anda tidak menunaikan solat 5 waktu, tugas anda sebagai seorang kawan dan juga seorang muslim, anda wajib menasihatinya agar menunaikan solat. Mungkin anda risau akan berlaku perselisihan antara anda dan kawan, namun anda boleh menegur dengan cara lembut.  

Sentiasa dorong melakukan kebaikan

Tugas anda sebagai seorang kawan seharusnya sentiasa mengajak kawan anda dalam melakukan kebaikan. Sebagai contoh, mengajaknya untuk solat berjemaah, bersedekah dan sebagainya yang membawa anda ke arah kebaikan, bahkan anda boleh mendorong mereka ke arah duniawi juga, seperti dalam pembelajaran, lakukan perbincangan bersama-sama untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Nasihat menasihati ke arah kebaikan

Anda seharusnya tidak ada perasaan segan ketika dalam menasihati kawan anda. Sebagai contoh, anda mempunyai kawan yang terlalu sosial dari segi pergaulan antara lelaki dan perempuan, anda wajib menasihati mereka untuk menjauhi perbuatan itu. Namun dalam memberikan nasihat haruslah bersikap lembut, sensitif dan beradab.

Tak salah kalau nak berkawan dengan beribu-ribu orang pun, namun, anda kene ingat, tegur mereka kalau mereka salah. Jangan sekadar tutup mata sahaja. Lagi teruk kalau anda sendiri yang terikut sekali dengan perbuatan yang salah itu.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar