KALAU DAH JODOH........
KALAU DAH JODOH........
"bila Allah dah tentukan jodoh mereka, akhirnya bertemu jua"
Orang cakap, kalau dah jodoh tu, tak kan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh, jumpa juga akhirnya. Hingga ke jinjang pelamin juga jawabnya. Ada juga yang pada asalnya saling membenci, pergi mana-mana asyik jumpa sahaja, sehingga sanggup membawa diri hingga ke negara orang, namun, bila Allah dah tentukan jodoh mereka, akhirnya bertemu jua. Siapa sangka kan? Semua ini sudah tertulis.
Berbeza pula pada mereka yang menyulam cinta sehingga bertahun lamanya, tetapi, apabila ianya sudah tertulis bahawa mereka tiada jodoh, terputus jua di tengah jalan.
Malah ada juga yang pernah menjalinkan hubungan cinta, namun terputus di tengah jalan, tetapi dengan kuasa yang maha Esa, mereka kembali bersatu balik sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.
Ada juga yang baru sahaja berkenalan beberapa bulan dan terus berbincang untuk mendirikan rumah tangga. Tempoh perkenalan yang singkat sesungguhnya bukan menjadi satu penghalang buat sesetengah pasangan untuk meneruskan hajat baik itu. Sesungguhnya Nabi Muhammad sendiri menyeru umatnya menyegerakan sesuatu perkahwinan.
Jodoh tiba tanpa kita sedar. Kadang-kadang, niat kita untuk berkawan dengan si dia hanyalah sekadar untuk berkawan sahaja, tak pernah terfikir untuk lebih daripada itu, tetapi, siapalah kita untuk menolak takdir Allah, apabila yang tidak disangka menjadi jodoh kita. Kita jangan terlalu mengharapkan pada jodoh untuk sampai pada kita, bahkan berusaha dalam mencarinya. Ada sesetengah berpendapat bahawa si lelaki sahaja yang layak mencari, namun anggapan itu salah, perempuan pun berhak dalam mencari jodoh nya sendiri.
Ianya mungkin agak janggal bagi perempuan untuk memulakan perbicaraan walhal Islam sendiri tidak menghalang perempuan bertindak sedemikian, bahkan Siti Khadijah sendiri yang melamar Rasulullah SAW. Jadi apa salahnya kalau anda yang memulakan langkah terlebih dahulu?
Kuasa Allah itu sangat besar. Jodoh kita, tiada siapa yang tahu melainkan Dia, kalau dah jodoh, tak akan ke mana :)
Belum ada jodoh?