JAUHI SIKAP EGO DALAM PERHUBUNGAN

JAUHI SIKAP EGO DALAM PERHUBUNGAN

"jangan jadikan ego sebagai ketua dalam mengawal diri anda"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Sikap ego yang tinggi dalam perhubungan mahupun pekerjaan boleh mendatangkan kepada musibah yang tidak diingini. Jangan jadikan ego sebagai ketua dalam mengawal diri anda, bahkan jangan jadikan tahap ego sebagai satu sikap yang kekal di dalam diri anda, kerana ego dapat mengubah segala-galanya.

Mereka tidak suka dipersalahkan

Seseorang yang mempunyai ego tinggi dalam perhubungan tidak suka dipersalahkan. Mereka berasakan apa yang mereka lakukan sentiasa benar. Mereka sukar untuk mengalah. Mereka berasakan sekiranya mereka mengalah, mereka sudah kalah. Justeru itu, cuba berfikir dengan lebih terbuka, jangan terburu dalam berkata-kata, ianya adalah untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Bijak dalam mengawal emosi

Untuk berhadapan dengan mereka yang mempunyai ego yang tinggi, anda seharusnya bijak mengawal emosi dalam berbicara. Jangan menggunakan nada yang tinggi dalam menegur mereka, anda mesti menggunakan nada yang lembut supaya kata-kata anda tidak mengguris perasaan mereka.

Menegur dengan baik

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pasangan anda, cuba bantah dengan cara yang lembut, ini adalah kerana, mereka yang mempunyai ego yang tinggi sering mahukan seseorang yang menurut perintah, walhal mereka tidak sedar akan kesalahan mereka itu. Cara yang terbaik adalah dengan menegur mereka dengan cara yang lembut. Sekiranya anda sendiri menggunakan cara yang keras dalam menegur mereka, sudah semestinya mereka akan lebih pertahankan keegoan mereka.

Oleh itu, sekiranya anda berasakan anda seorang yang mempunyai ego yang tinggi, seharusnya anda perbaiki kelemahan itu, ia adalah kerana dengan sikap ego, dapat menjurangkan sesuatu hubungan itu, jangan terlalu mementingkan diri sendiri, dengar pendapat orang lain juga ok.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar