CARA UNTUK MERAWAT HATI YANG LUKA

CARA UNTUK MERAWAT HATI YANG LUKA

"setiap insan di dunia pasti merasai saat paling bahagia dalam hidup, malah mereka juga turut merasai saat ketika mereka terluka"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Setiap insan di dunia pasti merasai saat paling bahagia dalam hidup, malah mereka juga turut merasai saat ketika mereka terluka, ianya mungkin disebabkan putus cinta, kematian orang tersayang, bahkan juga ketika gagal dalam pelajaran. Namun apakah cara mereka dalam merawat hati mereka yang terluka itu?

Sentiasa sibukkan diri

Mereka disarankan untuk sentiasa menyibukkan diri dengan melakukan aktiviti-aktviti harian mereka, kerana sedikit sebanyak ianya dapat membantu mereka daripada terkenangkan perkara yang membuatkan mereka terluka.

Meluahkan kepada mereka yang terdekat

Mereka sepatutnya meluahkan tentang apa yang dialami kepada orang yang mereka percayai, ianya sedikit sebanyak dapat dikongsi kepada orang lain dan dapat mengurangkan kesedihan yang dialami.

Sentiasa beristighfar & berzikir

Banyakkan beristighrfar dan berzikir. Apabila mereka yang masih dalam dilema, mereka sepatutnya mengamalkan amalan berzikir; La haula wala quwwata illa billah yang membawa maksud (“Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”)

Amalkan solat sunat tahajjud

Rajinkan diri untuk menunaikan solat sunat tahajjud pada waktu malam, tujuannya adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dan mengharungi dugaan hidup. Malah, amalan ini juga merupakan amalan wajib Rasulullah dan para sahabat.

Sentiasa berdoa & mengingati Allah SWT

Dan yang paling penting adalah, sentiasa berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT, kerana hanya Allah sahaja yang dapat membantu mereka yang dalam kesusahan, Allah sentiasa ada bersama umatNya walau apa pun yang terjadi. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui. Banyakkan berdoa dan sentiasa mengingati Allah SWT.

Dengan amalkan prinsip ini, insha Allah, hati yang terluka dapat dirawat supaya anda dapat kembali menjalani hidup seperti sedia kala. Amin...

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar