TIPS MENGENALI LELAKI PANAS BARAN

TIPS MENGENALI LELAKI PANAS BARAN

"lelaki yang kurang matang mempunyai sikap panas baran, sudah tentu perempuan di luar sana ingin menjauhi lelaki yang memiliki sikap ini dalam dijadikan pasangan hidup mereka."

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Anda mungkin ingin menjauhi sikap lelaki yang jenis panas baran kan? Sedangkan pada entri sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang sikap lelaki yang matang vs lelaki yang kurang matang. Di mana lelaki yang kurang matang mempunyai sikap panas baran, sudah tentu perempuan di luar sana ingin menjauhi lelaki yang memiliki sikap ini dalam dijadikan pasangan hidup mereka. Namun, bagaimana cara untuk mengenali ciri-ciri lelaki panas baran ini?

Mudah naik angin

Lelaki yang panas baran ini cepat marah dan stress. Anda boleh nilai semasa si lelaki pulang dari tempat kerja. Dia stress selepas kena marah dengan boss, tapi dia lepaskan pada anda, anda yang tidak bersalah pun berasa tempias nya. Kadang-kadang, dek kerana menghadap jem terlalu lama pun si dia boleh mengamuk tak tentu pasal. Sehinggakan anda yang tak bersalah pun dimarahinya, ada je sebab si dia nak kaitkan.

Apabila anda diminta diajar sesuatu

Anda meminta si dia untuk mengajar anda sesuatu, mungkin dari segi kerja mahupun pelajaran, namun apabila anda sukar memahami apa yang si dia terangkan, si dia mudah melenting. Kalau kata-katanya agak pedas, sah, itu tandanya si dia seorang yang baran.

Anda membiarkannya menunggu

Apabila anda mengambil masa yang lama ketika ingin bertemu dengan si dia (mungkin anda terperangkap dalam jem atau sebaliknya) dan setibanya anda di sana, si dia sudah membuat muka masam, seolah-olah sudah menunggu anda berjam lamanya. Kalau ya, itu tandanya si dia bersikap tidak penyabar, mudah nak marah.

Cara si dia melayan budak-budak

Lelaki yang baran ini kebiasaanya seorang yang tidak penyayang. Sekiranya anda ingin menguji tahap itu, tengok cara dia melayan anak saudara/adik anda yang masih kecil. Tengok bagaimana cara si dia menangani budak-budak. Kalau dia melayan budak-budak pun macam acuh tak acuh, jelas si dia tidak bersikap penyayang.

Cemburu buta

Lelaki yang jenis baran ini mempunyai tahap cemburu yang melampau. Sikit-sikit nak cari gaduh. Langsung tak bagi peluang kepada si perempuan dalam menjelaskan apa-apa. Tahu nak marah sahaja, walhal masalah itu remeh sahaja.

Oleh itu, sebelum membuat apa-apa keputusan mahupun pilihan, kenal dulu sikap lelaki itu, kerana anda akan membina hidup dengannya bukan pada jangka masa yang sekejap, malah sampai bila-bila. Cuma apa yang perlu anda ingat ialah, sikap baran ini boleh diubah, dan  bagaimana cara seseorang itu mengubahnya adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Wallahualam.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar