TIPS MENUNGGU DAN MENJEMPUT HADIRNYA JODOH
TIPS MENUNGGU DAN MENJEMPUT HADIRNYA JODOH
"bahkan anda sepatutnya fokus pada perubahan diri anda sendiri, sama ada dari segi luaran mahupun dalaman"
Jangan terlalu meletak syarat pada siapa yang harus dipilih - bahkan anda sepatutnya fokus pada perubahan diri anda sendiri, sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Ingat, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya. Jangan mengimpikan seseorang menjadi seperti yang kita harapkan sedangkan anda sendiri tidak berusaha untuk menjadi seperti yang diharapkan.
Sentiasa berkeyakinan diri - anda seharusnya sentiasa bersikap positif, move on dari pengalaman silam anda. Jangan sesekali trauma dengan apa yang pernah berlaku, sentiasa berfikiran positif. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Jangan menyendiri - sentiasa mencari teman untuk bergaul. Jangan terlalu menyendiri. Kerana apabila anda terlalu anti-sosial, pasti akan membawa anda kepada sifat kemurungan lantas mengingatkan anda kepada perkara silam anda.
Jangan terlalu cepat membuat keputusan - jangan sesekali terburu-buru dalam membuat keputusan. Malah jangan juga terlalu cepat dalam menilai seseorang tanpa usul periksa. Di saat ini, sebaiknya anda lakukan solat istikharah dan bertawakal kepada Allah.
Jangan terlalu runsing pasal usia - jodoh dan maut semua nya takdir yang Allah telah tetapkan pada kita umat manusia. Kita hanya mampu merancang sahaja. Kalau sudah ditakdirkan jodoh kita pada usia tertentu, maka redha sahajalah dengan takdir Allah. Jangan menyebabkan umur yang makin meningkat usia menjadi penghalang untuk anda menikmati saat kebahagiaan rumah tangga.
Jangan cepat putus asa - anda seharusnya jangan mudah berputus asa dalam apa jua yang menimpa, malah sentiasa berikhtiar dan berdoa kepada Allah SWT. Hanya Dia yang maha mengetahui segala-galanya. InshaAllah.
Belum ada jodoh?