TIPS MENGATASI ORANG KETIGA

TIPS MENGATASI ORANG KETIGA

"orang ketiga selalu timbul dan akan merosakkan hubungan yang telah dibina"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Curang, Kahwin

Dalam sesebuah hubungan, isu orang ketiga bukan lah sesuatu perkara yang asing lagi. Masalah orang ketiga selalu timbul dan akan merosakkan hubungan yang telah dibina. Artikel kali ini memberikan beberapa tips untuk anda mengatasi masalah orang ketiga dalam hubungan.



SELESAIKAN MASALAH TANPA MEMINTA BANTUAN DARI PIHAK KETIGA

Setiap pasangan yang mempunyai masalah dalam hubungan sering meminta bantuan  daripada orang ketiga untuk membantu menyelesaikan masalah, jika anda melibatkan orang ketiga dalam masalah hubungan anda, orang ketiga akan mengambil kesempatan di atas masalah yang anda hadapi, sebaiknya anda duduk berbincang bersama pasangan anda dan menyelesaikan masalah hubungan anda sendiri tanpa melibatkan orang ketiga.

FOKUS TERHADAP HUBUNGAN

Jika anda dan pasangan anda mempunyai masalah dalam hubungan, anda seharusnya lebih fokus dengan masalah anda dan cuba untuk selesaikan dengan secepat mungkin. Jika anda tidak ambil kisah dengan masalah yang datang, mungkin akan ada yang menawarkan diri untuk menjadi tempat luahan perasaan pasangan anda dan mengambil kesempatan dengan masalah yang dihadapi oleh anda dan pasangan.



KEJUJURAN

Dalam setiap perhubungan sikap jujur amat penting untuk memastikan hubungan kekal lama, jika kita tidak bersikap jujur dengan pasangan akan ada orang ketiga yang datang untuk menjadi batu api dan merosakkan hubungan.



KEPERCAYAAN

Kepercayaan merupakan landasan sesuatu hubungan, anda perlu meletakkan kepercayaan terhadap pasangan anda dan juga diri anda, jika anda mempunyai sikap curiga dan tidak yakin terhadap pasangan akan timbul isu orang ketiga dalam hubungan.



JAUHI SIKAP KUAT MERAJUK

Jika anda sering merajuk dengan pasangan anda berkenaan hal yang remeh, pasangan anda akan mula bosan dan rimas dengan sikap anda. Hal ini boleh menyebabkan muncul pihak ketiga dalam hubungan dan mengambil kesempatan dalam hubungan anda.

Kesimpulannya, anda dan pasangan harus mampu memberikan semua yang terbaik untuk hubungan percintaan/pernikahan yang sudah lama terjalin, kerana ketika anda dan pasangan masing-masing menikmati saat bahagia, maka mereka tidak akan tergoda oleh orang ketiga yang berpotensi merosakkan hubungan yang telah dibina. Semoga hubungan kalian dirahmati oleh Allah SWT.

 

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar