TIPS & PETUA DALAM MEMILIH BARANG HANTARAN

TIPS & PETUA DALAM MEMILIH BARANG HANTARAN

"pasti ramai yang sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk majlis perkahwinan mereka, sampai tak menang tangan pun ada"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Barang Hantaran

Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula, pasti ramai yang sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk majlis perkahwinan mereka, sampai tak menang tangan pun ada. Jadi untuk mereka di luar sana yang masih runsing memikirkan persiapan hantaran mereka, boleh baca beberapa tips dan petua dalam memilih barang hantaran bagi anda dan pasangan.


  1. Pertama sekali, bincang dengan pasangan anda terlebih dahulu, berapa dulang yang patut disediakan, dan list kan barang hantaran kedua-dua belah pihak. Sebaiknya, bincang dah pilih barang apa yang nak dibeli, kalau pergi beli sekali lagi bagus! Tapi ingat, bawa lah mak sekali ya.


  1. Ok, bila dah bincang mengenai list hantaran, sekarang, tetapkan berapa jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan yang lebih pula, dari sebelah perempuan. Kebiasaanya, akan mengikut adat, iaitu angka ganjil. Sekiranya lelaki ditetapkan dengan 5 hantaran, maka perempuan membalasnya dengan 7. Ikut kehendak masing-masing.


  1. Pada kebiasaannya, antara barang yang selalu dijadikan barang hantaran ialah, pakaian (kemeja, kain pasang), set penjagaan diri, Al-Quran, telekung, sejadah, set dompet bagi lelaki, set handbag bagi perempuan, set minyak wangi, buah-buahan, kek, coklat, kasut.


  1. Semasa membeli hantaran, seeloknya mendapat persetujuan dari kedua belah pihak, biar masing-masing berkenan, kalau beli tapi nanti tak mahu pakai, membazir je kan?


  1. Secara logiknya, kalau terus beli serentak kesemua barang hantaran, pasti memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi kan? Seeloknya, beli sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, sekiranya anda dan pasangan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Mei, maka anda sudah boleh membeli barang hantaran pada bulan Januari, beli dua tiga hantaran ke, dan barang lain pula pada bulan seterusnya.


  1. Apa yang penting adalah, beli semasa tibanya musim perayaan, kerana terdapat potongan yang berganda jika shopping pada waktu itu, dah dapat cut cost kan sedikit sebanyak? Boleh tampung perbelanjaan lain.


  1. Elakkan daripada membeli barang yang terlalu besar, sebab nanti susah nak mengubahnya. Contoh semasa membeli handbag, pastikan jangan terlalu besar, nanti susah nak muatkan dalam satu tray.


  1. Ok selepas dah selesai membeli barang hantaran, sudah tiba masanya untuk diubah mengikut tema warna majlis perkahwinan anda. Nak ubah sendiri boleh, nak hantar tempah pun boleh. Sebaiknya, ubah sendiri, jimat duit! Sekarang semua diy (do it yourself) kan?


Ok, kami berharap sedikit sebanyak dengan adanya tips ini dapat membantu mereka di luar sana tentang persediaan barang hantaran mereka.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar