TIPS MENJADI SURI RUMAH SEPENUH MASA

TIPS MENJADI SURI RUMAH SEPENUH MASA

"sudah pasti ada perempuan di luar sana yang mempunyai impian untuk hanya sekadar menjadi suri rumah sepenuh masa"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Tips, Suri, Rumah, Sepenuh, Masa

Entri pada kali ini, baitulmuslim.com akan berkongsi tips untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Ianya dipetik dari Novel Baju Kelawar Bedak Sejuk, hasil karya penulis Izawati Eni. Sudah pasti ada perempuan di luar sana yang mempunyai impian untuk hanya sekadar menjadi suri rumah sepenuh masa terutama selepas menukar status mereka kepada seorang isteri. Belajar lah setinggi mana pun, sampai masa, pasti mereka mahu meluangkan masa hanya di rumah sahaja.

Tetapi, janganlah bila dah baru sahaja kahwin, terus nak resign dah. Jangan! Dengan ekonomi pada zaman sekarang yang tidak menentu ini, keputusan terburu-buru itu mampu membawa kepada penyesalan. Namun, sekiranya sudah ditakdirkan anda mendapat suami yang sudah mampu menanggung anda hingga ke anak cucu, maka ianya tidak menjadi masalah untuk anda menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

Ianya seakan-akan menjadi satu dilema buat si perempuan, sama ada mahu teruskan komitmen sebagai seorang isteri dan ibu atau mahu teruskan kerjaya yang selama ini dihabiskan bertahun-tahun sebelum dapat mengenggam segulung ijazah seperti yang diimpikan. Antara dilema yang mereka hadapi adalah:

  • Ada kerjaya tetap yang mereka impikan

  • Memenuhi harapan ibu bapa

  • Mempunyai tanggungan hutang

  • Suami yang berpendapatan rendah

  • Tanggungan yang ramai

Bukan mudah untuk seorang perempuan melepaskan kerjaya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Ada kalanya, para suri tersepit antara tanggungjawab dan keperluan. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Langkah pertama

Senaraikan keperluan dan hutang

Senaraikan segala tanggungan keperluan yang perlu dibayar seperti:

  • Keperluan isi rumah

  • Keperluan perubatan

  • Tanggungan terhadap ibu bapa atau lain-lain

  • Insurans dan lain-lain

Senaraikan juga tanggungan hutang yang perlu dilangsaikan:

  • Hutang rumah

  • Hutang kereta

  • Hutang peribadi

  • Hutang bersama suami atau lain-lain

  • Kad kredit

Setelah disenaraikan, kita perlu menilai tanggungan dan hutang tersebut, kemudian membuat jangkaan pembayaran seperti jumlah nilai keseluruhan dan jangkaan tempoh pembayaran bagi melangsaikannya. Selepas itu kita boleh menetapkan matlamat bila kita dapat berhenti kerja.

Langkah kedua

Bincang dengan suami dan keluarga

Kita perlu memberitahu hasrat kita itu kepada suami dan buat perbincangan supaya tidak menimbulkan tekanan kepada suami dan keluarga. Bincang dengan suami mengenai pengurusan kewangan keluarga dan buat penilaian kemampuan suami bagi menyara kos sara hidup keluarga. Antara perkara yang perlu dibincangkan:

  • Kos sara hidup semasa keluarga

  • Pendapatan suami

  • Tanggungan bersama

  • Pelan pengurusan kewangan selepas kita berhenti kerja

Langkah ketiga

Pelan pengurusan kewangan

Pelan pengurusan kewangan untuk sesebuah keluarga amat penting bagi menjamin kestabilan rumah tangga. Apabila kita berhenti kerja, banyak kos yang perlu dikurangkan supaya suami tidak terbeban dan tertekan. Antara kos yang dapat dikurangkan adalah:

  • Kos keperluan asas seperti makanan dan utiliti (bil elektrik, air, internet, telefon, dan sebagainya)

  • Kos untuk kehendak sosial seperti percutian dan hiburan keluarga

  • Batalkan kad kredit yang dilanggan

Langkah keempat

Buat tabungan

Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja, selain melangsaikan hutang, kita juga perlu membuat tabungan sendiri untuk keperluan kemudian hari. Tabungan ini mungkin dapat membantu untuk dijadikan  modal membuat kerja sambilan dari rumah seperti perniagaan online. Disamping itu, kita juga boleh membuat tabungan untuk pelaburan-pelaburan yang menepati syariah. Tabungan adalah penting supaya kita mempunyai sandaran sekiranya berada dalam kecemasan atau keperluan yang mendesak.

Langkah kelima

Siapkan diri

Kita mestilah bersiap sedia dari pelbagai aspek;

  • Siapkan diri

  • Kita mestilah bersiap sedia dari pelbagai aspek;

  • Siap sedia dari segi mental, kerana banyak dugaan yang akan dilalui

  • Kita juga perlu bersedia untuk menerima seadanya pemberian suami dan bersyukur

  • Rancang tugas harian sebagai seorang suri rumah supaya kita tidak terkial-kial  dan berasa bosan duduk di rumah sahaja

  • Sentiasa berfikiran positif dan penuhi masa dengan berbakti demi menjalankan tanggungjawab

Bagi mereka yang masih lagi mempunyai keraguan dalam mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, mohon panduan dan petunjuk daripada Allah SWT. Lakukan solat istikharah dan solat hajat. Semoga keputusan yang diambil dipermudahkan oleh Nya.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar