9 Tips kurangkan bajet kahwin

9 Tips kurangkan bajet kahwin

Setiap pasangan, apabila hampir tiba menuju ke alam perkahwinan, mereka pasti akan disibukkan dengan pelbagai urusan perkahwinan...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Setiap pasangan, apabila hampir tiba menuju ke alam perkahwinan, mereka pasti akan disibukkan dengan pelbagai urusan perkahwinan. Daripada sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan, mereka pasti mahukan semuanya berjalan dengan lancar. Kos bagi melangsungkan satu majlis perkahwinan bukanlah satu kos yang kecil. Ia memerlukan duit yang banyak bagi menanggung semua perbelajaan majlis, hantaran, pelamin, makanan dan sebagainya.

Semuanya bergantung kepada pasangan dan keluarga si pengantin. Ada orang, mereka mahukan perkahwinan mereka gemilang. Kalau boleh sama taraf dengan perkahwinan artis-artis. Namun, ada juga yang mahukan majlis perkahwinan mereka ringkas. Bagi mereka akad nikah itu yang penting kerana antara syarat sah perkahwinan yang paling utama adalah akad nikah itu sendiri.

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan pembaca mengenai tips-tips bagi mengurangkan bajet majlis perkahwinan anda. Sebab apa? Pada pandangan kami, jika mampu anda mungkin boleh buat majlis yang besar. Namun, bersederhana adalah cara yang paling baik. Kehidupan anda berdua selepas kahwin memerlukan lebih banyak sumber kewangan. Ini tips jimat cermat untuk majlis perkahwinan anda;

1. Tetapkan jumlah tetamu.

Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

2. Menyewa busana perkahwinan.

Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Kalau anda beli baru pun, tidak ramai yang akan pakai baju yang sama selepas kahwin. Malah, terdapat juga perkhidmatan di mana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas pakai, anda perlu pulangkan semula pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.

3. Membeli belah ketika ada potongan harga sahaja.

Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.

4. Elak berhutang kad kredit.

Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.

5. Adakan majlis gotong royong.

Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan  jiran anda.

6. Awasi perbelanjaan anda setiap bulan.

Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.

7. Tempahan fotografi.

Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.

8. Berbalas hantaran.

Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi dikalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.

9. Membuka akaun khas.

Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.

 

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar