TAKUT KAHWIN DENGAN LELAKI ‘ANAK EMAK’? INI SEBENARNYA ANTARA SEBAB KENAPA MEREKA MERUPAKAN CALON SUAMI TERBAIK

TAKUT KAHWIN DENGAN LELAKI ‘ANAK EMAK’? INI SEBENARNYA ANTARA SEBAB KENAPA MEREKA MERUPAKAN CALON SUAMI TERBAIK

Akram tu memang baik sangat orangnya. Perwatakannya membuatkan ramai wanita cuba mendampinginya. Boleh dikatakan ciri-ciri yang ada pada dirinya merupakan idaman setiap wanita. Cuma...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

“Akram tu memang baik sangat orangnya. Perwatakannya membuatkan ramai wanita cuba mendampinginya. Boleh dikatakan ciri-ciri yang ada pada dirinya merupakan idaman setiap wanita. Cuma satu sahaja yang dirisaukan, dia ini terlalu manja dengan emaknya. Betul ke lelaki seperti ini bahaya untuk dijadikan calon suami?”

Pendahuluan

Begitulah persepsi masyarakat kita apabila mendengar perkara sebegini. Lelaki yang mempunyai hubungan yang rapat dengan emaknya pasti diberi gelaran ‘anak emak’. Adakah ianya salah sekiranya anak lelaki rapat dengan insan yang melahirkannya dan membesarkannya?

Malah dalam drama pun sering sahaja menunjukkan konflik yang berlaku antara si suami dan isteri apabila suaminya terlalu rapat dengan emaknya. Tanggapan ini benar-benar menukar persepsi masyarakat tentang perkara ini. Cuba lihat dari sudut pandangan yang berbeza, ada banyak sebab kenapa mereka ini merupakan calon suami terbaik untuk anda.

Mereka adalah lelaki gentleman

Sebenarnya ini adalah sikap seorang lelaki gentleman. Lelaki seperti ini biasanya mempunyai perwatakan yang lemah lembut, baik tutur kata, rajin dan menghormati seorang wanita yang bergelar ibu. Sedangkan dalam Islam juga ada menetapkan bahawa seorang ibu perlu didahulukan oleh seorang anak lelaki selagi ianya tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Mereka lebih peka dan teliti

Mereka yang ‘anak emak’ ini biasanya lebih peka dan teliti dan memahami keperluan emaknya. Tidak mustahil dia akan melakukan perkara yang sama terhadap bakal isterinya. Mereka lebih peka dan teliti terhadap wanita yang sedang bersedih dan mempunyai kebolehan dalam mengendalikan situasi ini apabila mereka berkahwin kelak. Inilah antara ciri yang sukar dicari oleh lelaki lain.

Seorang yang romantik

Usah terkejut sekiranya lelaki ‘anak emak’ ini berjiwa romantik. Calon suami seperti ini sudah pandai dalam menzahirkan rasa cinta mereka kepada emaknya, maka tidak mustahil sekiranya si dia mampu melakukan perkara yang sama terhadap isterinya. Sebagai contoh, apabila tiba ulang tahun kelahiran anda, si dia melakukan kejutan buat anda dengan sesuatu yang anda sendiri tidak sangka. Perempuan mana yang tidak suka akan kejutan kan?

Seorang yang bertanggungjawab

Kalau dengan orang tuanya pun dia seorang yang bertanggungjawab maka sudah pasti yang anda juga akan menjadi keutamaan buat si dia. Mereka akan memahami tanggungjawab mereka sebagai seorang ketua keluarga dan bijak dalam mengendalikan sebarang masalah mahupun dalam membuat keputusan.

Hormat orang tua

Dengar sahaja ‘anak emak’ pasti lelaki itu seorang yang pandai menghormati orang tua lebih-lebih lagi emaknya. Usah dirisaukan lagi, kalau emaknya sendiri pun dia reti hormat apatah lagi pula ibu bapa anda. Hal ini kerana ada sesetengah lelaki yang tidak reti menghormati orang yang lebih tua daripada mereka walhal perkara inilah yang diidamkan oleh para wanita dalam dijadikan calon suami.

Kesimpulan

Tidak dinafikan ianya memang seronok sekiranya bakal suami kita mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Sudah tentu si isteri akan berasakan dirinya seperti puteri raja yang mampu mempersuamikan seorang yang diidamkannya. Namun, kalau tanpa usaha, rumah tangga tidak akan menuju ke arah kebahagiaan. Setiap apa yang dilakukan haruslah diselitkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh kerana kebahagiaan memerlukan peranan daripada kedua-dua belah pihak. Apa yang paling penting, jangan bersangka buruk terhadap emak mertua dan jangan meletakkan apa-apa persepsi terhadap lelaki ‘anak emak’ ini.

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar