Bertemu Jodoh

Kepada pasangan yang bertemu jodoh di Baitulmuslim.com, anda boleh memaklumkan kepada kami. Klik sini untuk mengisi makluman bertemu jodoh.


Assalamualaikum….

Alhamdulillah, sebentar tadi kami menerima email dari calon baitulmuslim.com memberitahu kami berita gembira. Mereka bakal mendirikan masjid tidak lama lagi. Ini adalah email dari calon tersebut.

 

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah dengan doa dan izin Allah, saya telah dipertemukan Allah dengan  bakal zaujah yg saya kenali melalui Baitul Muslim ini. InshaAllah kami akan  melangsungkan pernikahan dalam beberapa bulan akan datang. Saya amat  berterimakasih kepada team Baitul Muslim kerana telah mewujudkan satu  platform yang efektif dan juga dapat menjaga batas pergaulan. Semoga usaha  pihak tuan mendapat berkah dan redha Allah. InshaAllah.

Saya juga ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menutup akaun saya dan  bakal pasangan saya.

Terima kasih.

 

Alhamdulillah, tahniah buat mereka berdua dari kami team baitulmuslim….Barakallah.

Assalamualaikum wbt. Kami menerima satu lagi email daripada calon di baitulmuslim.com.Ini merupakan email daripada beliau:   Assalamualaikum tuan admin, Saya mengucapkan terima kasih kerana mewujudkan ruang mencari jodoh di ruang maya ini. Semoga jasa tuan puan diterima Allah.. insyaAllah. Pada xxxxx lepas saya menggunakan sesi taaruf bersama calon wanita. insyaAllah pihak kami akan melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun ini. Sayan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa pihak tuan / puan. Terima Kasih.. Alhamdulillah. Tahniah buat mereka. Semoga Allah kurniakan barakah buat mereka. Amin  Admin baitulmuslim.com

 Assalamualaikum. Kami terima lagi email daripada calon baitulmuslim.com : Assalamualaikum admin,dengan perasaan syukur pd Allah taala dan gembira...sy tulis emel ini untuk memberitahu bahawa sy sudah punbertemu jodoh sy dalam baitul muslim....Alhamdulillah kami sekarang dhbertunang pd xxxx yang lalu dan akan bernikah pada xxxxxxx.sy berharap agar pihak baitul muslim mendoakan kami agar kekal sampibila2...dan kami akan sentiasa menyokong kewujudan lama ini kerana bolehmembantu dalam pencarian jodoh Islam. Terima kasih sayaucapkan....Assalamualaikum. Alhamdulillah. Moga pasangan ini hidup dalam penuh barakah nanti.   Admin baitulmuslim.com

 Assalamualaikum Pihak baitulmuslim.com menerima email ringkas dariapada calon baitulmuslim lagi berkenaan bertemu jodoh di baitulmuslim. Ini merupakan email beliau : Assalam admin.. Nk ucap t.kasih pd b.muslim.sy da akhiri zaman bujang sy pd bln XX yg lepas..sesi taaruf yg pertma ok..tp kerana pihak keluarga pmpuan x selesa, kami putuskan tiada jodoh ant kami. Rupe nya jodoh sy dgn ahli bait di b.muslim ni jgk..kami selamat diijab kabulkan dlm wktu berkenalan yg sngkat setelah kedua belah pihak keluarga kami merestui hubgn ini..doakan jodoh kami berkekalan selamanya..insyaAllah..thank b.muslim.  tahniah kepada calon tersebut dan pasangan. Semoga anda berdua hidup sebagai suami isteri yang diberkati Allah.  Admin baitulmuslim.com

 

Assalamualaikum….

 

Alhamdulillah, semalam kami terima satu lagi email gembira  dari calon baitulmuslim.com. Beliau memberitahu bahawa telah bertemu jodoh di baitulmuslim.com dan bakal mendirikan mahligai keluarga muslim tidak lama lagi. Ini email dari beliau.

 

Assalamualaikum,

Saya xxxxx ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk meminta background  theme web baitulmuslim ni. Tujuan saya adalah untuk merekabentuk kad jemputan  sempana perkahwinan saya. Untuk pengetahuan pihak tuan/pihak. Saya bertemu dengan bakal isteri saya  melalui laman web baitulmuslim ini. Saya dan bakal isteri akan melangsungkan  perkahwinan pada bulan xxxxxx  xxxxx. Sempena perkenalan kami berdua melalui baitulmuslim, saya ingin mereka bentuk  kad jemputan seperti theme yang ada pada web baitulmuslim.com  ni. Tetapi akan  ada sedikit pengubahahsuai bagi menyesuaikan untuk membentuk kad jemputan  kahwin.

Diharap pihak tuan/puan dapat memberi kerjsama.

 

Terima Kasih

 

xxxxx.

 

Alhamdulillah, tahniah buat pasangan ini dari kami team baitulmuslim, barakallah.

Assalamualaikum,

Kami terima lagi email daripada calon baitulmuslim yang dihantar pada kami :

 

assalamualaikum. alhamdulillah syukur saya maklumkan saya sudh selamatdinikahkan bersama pasangan yang saya taaruf daripada baitulmuslim padaxxxx lepas. terima kasih kepada baitulmuslim dan terutama skali AllahSWT..alhamdulillah.. :) Alhamdulillah. Tahniah daripada crew baitulmuslim.com. :)  Admin baitulmuslim.com

Kami terima email lagi daripada calon baitulmuslim : " Syukur, sudah ketemu cik puan peminjam tulang rusuk saya dari senaraituan/ cik puan. Rezeki kami sekeluarga dapat menunaikan umrah dalam satu rombongandengan keluarga bakal isteri awal xxx . Kenal mengenali keluarga masing-masing sepanjang xx hari di sana, kami tak sempat bertukar kata-kata, sekadar bertukar senyum ketika berselisih di dewan makan. Alhamdulillah, keluarga kami bersetuju untuk bertukar dulang hantaranpenghujung xxxx . Walaupun tidak bercinta, lebih selesa berkawan,kami bersetuju untukbernikah kerana Allah swt dan sunnah rasulNya. Insya Allah, majlis kami di penghujung xxxx nanti. Walaupun bukan kisah cinta di bumi anbia,yang pasti ianya pemberian darisebaik-baik dan sehebat-hebat perancang. Kami bersyukur, melalui ikhtiar dan usaha pihak tuan/cik puanmenyediakan platform Baitul Muslim dapat memberi ruang tambahan untuk peserta saling berkenalan. Kami doakan peserta yang lain bertemu pasangan. Jangan putus bergantungharapan dengan Allah.   Jazakallah untuk tuan dan cik puan dari kami Admin baitulmuslim.com

Assalamualaikum,

 

Kami terima email daripada calon baitulmuslim. Ini email beliau :

 

Assalamualaikum w.b.t Untuk pengetahuan pihak baitulmuslim, saya telah pon diijabkabul dengan pasangan yang saya temui dalam baitulmuslim pada xxxxx yg lepas. Disini sy ingin mengucapkan terima kasih kerana telah menjadi satu cabang usaha untuk saya bertemu dengan jodoh saya. Saya mendoakan pihak baitulmuslim bersama crew dimurahkan rezeki dan diberkati Allah S.W.T. Alhamdulillah pada pasanagn tersebut. Kami doakan agar mereka dalam barakah Allah. Admin baitulmuslim.com

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, kami menerima berita gembira dari seorang calon baitulmuslim sekejap tadi. Beliau memberitahu bahawa telah bertemu jodoh melalui baitulmuslim.com dan bakal mendirikan mahligai keluarga muslim tidak lama lagi. Ini email yang kami terima dari beliau.

 

Alhamdulilah...Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mewujudkan Baitul  Muslim sebagai medium dalam usaha pencarian jodoh yang Islamik.  Saya (xxxxxxxxx) telah menemui jodoh di BM ini dan  telah  pun bertunang baru-baru ini setelah melalui proses perkenalan sejak xxxxx  tahun xxxx yang lalu.

 InsyaAllah, hasil daripada perbincangan kedua belah pihak keluarga, kami  bakal bernikah hujung tahun nnti insyaAllah. Justeru, saya ingin agar pihak Baitul Muslim menutup akaun BM saya.

Doakan kebahagiaan kami dan diharapkan agar ramai lagi yang akan menemui  jodoh di platform BM ini.

 

Alhamdulillah, tahniah buat pasangan ini dari team baitulmuslim. Barakallah.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, lagi bertemu jodoh di baitulmuslim.com. Sebentar tadi kami telah menerima email dari calon baitulmuslim memberitahu mereka telah bertemu jodoh dan bakal mendirikan mahligai kelurga muslim tidak lama lagi. Ini email yang kami terima dari calon tersebut.

 

Assalamualaikum. Saya nak tutup akaun ini kerana saya telah pun bertemu jodoh  dan akan bernikah tidak lama lagi.

Saya temui jodoh melalui bm. Terima kasih. 

 

Alhmdulillah, tahniah buat pasangan ini dari kami team baitulmuslim. Barakallah.