Bertemu Jodoh

Kepada pasangan yang bertemu jodoh di Baitulmuslim.com, anda boleh memaklumkan kepada kami. Klik sini untuk mengisi makluman bertemu jodoh.


Assalamualaikum...

Alhmdulillah, petang tadi kami menerima lagi satu email gembira dari calon baitulmuslim. Calon baitulmuslim lagi bertemu jodoh melalui medium baitulmuslim. Ini email yang kami terima dari calon tersebut.

 

Assalamualaikum admin..alhamdulillah saya dh jumpa jodoh saya guna baitul  muslim nie..terima kasih kerana telah membantu saya dlm perkara nie..

 

So saya nak mintak jasa baik admin untuk tolong tutup akaun saya nie..

 

terima kasih, xxxxxx

 

Alhamdulillah, lagi bertemu jodoh. Tahniah buat pasangan dari kami team baitulmuslim. Barakallah.

 

 

Assalamualaikum.....

 

Alhamdulillah, di pagi ini kami menerima berita gembira dari calon baitulmuslim. Calon ini bakal mendirikan mahligai keluarga muslim. Ini email yang dihantar oleh calon kepada kami.

 

Assalam..kepada warga kerja baitulmuslim..saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi2 penghargaan kerana saya telah bertemu jodoh disini..alhamdulillah..dengan izinnya kami akan melangsungkan perkahwinan x lama lagi..

Pertemuan secara x sengaja di baitulmuslim..bakal suami pon adalah salah seorang daripada user membuahkan perkenalan yang x disangka selepas seminggu berchit chat..

Alhamdulillah saya juga menjemput warga baitulmuslim untuk menghadiri majlis saya di sebelah lelaki iaitu di xxxxxx xxxxxxx xxxx xxxxxx .xxxxx xx xx/x..pada xxxxxx..kerana majlis saya akan diadakan di xxxxxxxx pada hjg bulan ini.... thniah kepada krew baitulmuslim..semoga ramai lagi yang akan bertemu jodoh disini!

 Alhamdulillah, tahniah buat pasangan dari kami team baitulmuslim dan barakallah buat mereka berdua. 

Assalamualaikum, 

Baru-baru ini, kami menerima email dari seorang ahli di baitulmuslim.com. Dia mengucapkan terima kasih pada baitulmuslim.com. Ini merupakan email daripada beliau : 

 

assalamualaikum, saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak BM kerana dengan website ini dan dengan izin Allah,setelah xx bulan berkenalan,genap xxx yg lalu saya telah mengikat tali pertunangan dengan salah seorang gadis di BM ni..kami bertaaruf hanya beberapa minggu sahaja dan kemudiannya saya menyatakan hasrat sebenar dan kedua belah keluarga menerima hasrat saya ini..inshaallah pada xxxxx ni kami akan dijab qabulkan..kat sini sy nak kongsi 2 perkara ,pertama cara mcm ni betul2 buat perhubungan kami terjaga sbb kami x perlu buang masa ber'couple',hnya dengan istikharah dan berkenalan di BM sahaja, yg kedua saya hnya nk bg pandangan pd admin kerana mungkin 1 hari nnti website ni akan lebih dikenali jdi hrp admin sentiasa memberi kawalan ketat atau memantau calon2 dalam BM ni supaya tidak ade yg mengambil kesempatan..ok la itu sahaja,apa2 pun saya nk ucapkan terima kasih sekali lg pd admin,semoga admin trus istiqamah dengan website BM ni.. assalamualaikum.. Alhamdulillah. Admin ucapkan jazakallah khatira atas pandangan dan kepercayaan yang diberikan calon tersut pada baitulmuslim.com. Admin juga berdoa semoga urusan perkhwinan beliau dipermudahkan. Amin  AdminBaitulmuslim.com  

Assalamualaikum...

 

Alhamdulillah, telah terbina lagi mahligai keluarga muslim. Kami menerima berita gembira sebentar tadi dari calon baitulmuslim yang mana memberitahu kami bahawa mereka telah mendirikan baitulmuslim. Ini mesej yang dihantar kepada kami oleh calon tersebut.

 

Assalamualaikum..alhamdulillah sy dan suami telah selamat mendirikan rumahtangga pd xxxxxx baru2 ini...kami bertemu dan berkwn melalui page baitulmuslim ini..di hrp ramai lg psgn yg akn bertemu jodoh di baitulmuslim ini...syukran.. :)

 

Alhamdulillah, tahniah buat pasangan ini dari pihak kami baitulmuslim...Barakallah... :)

 

  •  

 

Assalamualaikum...

 

Alhamdulillah, lagi bertemu jodoh di baitulmuslim. 2 orang calon bakal membina mahligai baitulmuslim. Pagi ini kami menerima email gembira dari mereka, ini adalah email dari calon tersebut.

 

Assalammulaikum..

Saya sekadar ingin mengucapkan terima kasih kerana mewujudkan platform ini  untuk muslim mencari jodoh. Saya telah berkenalan dengan seseorang dan telah  merancang untuk berkahwin pada bulan xxxxx ni.. insyaAllah.. Sebagai seorang  ibu tunggal, saya tak mempunyai banyak masa untuk diluangkan mengenali  seseorang secara fizikal, jadi website ini yang membenarkan saya berkenalan  secara maya, pada saya amat membantu. Bakal suami saya juga seorang duda dan  kami berdua sudah sama2 bersedia untuk membina hidup baru. InsyaAllah. Terima  Kasih Baitul Muslim.. Hanya Allah sahaja yang bakal membalas usaha murni  kalian. Assalammualaikum.

 

Alhamdulillah, tahniah buat pasangan ini dari pihak kami baitulmuslim. Barakallah.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bertemu jodoh lagi oleh 2 orang calon baitulmuslim dan telah membina mahligai baitulmuslim mereka berdua. Tahniah buat pasangan ini. Ini adalah makluman daripada mereka.

Alhamdulillah.. Saya sudah pun menemui jodoh disini.. Terima kasih baitulmuslim. Alhamdulillah... Kami dh pun bernikah pada  xxxxxx Baru ni... Alhamdulillah, tahniah buat mereka berdua daripada kami pihak baitulmuslim. Barakallah.

Assalamualaikum,  Kami menerima email daripada calon di baitulmuslim.com. Ini merupakan mesej beliau : Assalamualaikum.  Alhamdulillah saya telah bertemu jodoh dengan calon dari Baitulmuslim.com (xxxxxx ). Disini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Baitulmuslim yang menyediakan ruang cari jodoh yang mudah bagi orang muslim mendapatkan jodoh. Semoga segala usaha murni ini diteruskan dan mendapat ganjaran dari Allah.  Amin. Alhamdulilah. Semoga beliau dan pasangan diberkati Allah dan bercinta sampai syurga. Amin  Adminbaitulmuslim.com

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada pagi ini kami telah menerima satu email daripada calon baitulmuslim. Calon tersebut memberitahu bahawa beliau telah bertemu jodoh melalui baitulmuslim. Ini adalah email yang kami terima..

Saya xxxx, ahli premium seperti dinyatakna dibawah ingin  menamatkan keahlian sebagai ahli premium berkuatkuasa serta-merta disebabkan  Alhamdulillah telah bertemu jodoh yang dicari.

Bertemu jodoh melalui Baitul muslim. T.kasih

Alhamdulillah. Tahniah buat pasangan ini yang telah bertemu jodoh. Barakallah buat mereka berdua.

 

Assalamualaikum kepada semua pengunjung website dan facebook baitulmuslim.com. Alhamdulillah kami terima satu lagi email dari calon baitulmuslim tentang pengumuman beliau bertemu jodoh di baitulmuslim.com. Ini email ringkas daripada calon tersebut : Salam..Alhamdulillah sy xxxxx telah bertemu jodoh dgn xxxxx . jazakumullah khair baitulmuslim. Alhamdulillah. kami di pihak baitulmuslim.com mengucapkan setinggi tahniah pada kedua calon kerana telah bertemu jodoh. Semoga Allah permudahkan urusan untuk kahwin nanti.   Admin Baitulmuslim.com   

Assalamualaikum...

Jodoh tidak mengenali usia, Jika Allah menetapkan itu terjadi, ia akan terjadi. Jodoh juga salah satu nikmat bahagia yang Allah berikan kepada hambanya.

Alhamdulillah, walaupun pasangan suami isteri ini sudah lama mendirikan masjid melalui perkenalan di baitulmuslim.com, harap warga baitulmuslim tidak terlambat untuk ucapkan tahniah buat mereka berdua. Salah seorang admin baitulmuslim baru menerima berita ini melalui kawan mereka pada petang tadi ketika mereka berjumpa.

berjumpa seorang calon cari jodoh di kedai makan untuk menyelesaikan masalah access laman web baitulmuslim.com. dia memberitahu seorang kawannya sudah bertemu jodoh di baitulmuslim berusia 60an. 

Alhamdulillah, barakallah buat pasangan ini. 

Jom sama sama kita doakan untuk mereka berdua.