Bertemu Jodoh

Kepada pasangan yang bertemu jodoh di Baitulmuslim.com, anda boleh memaklumkan kepada kami. Klik sini untuk mengisi makluman bertemu jodoh.


Assalamualaikum. Hari ini kami terima lagi satu mesej yang beritahu pasal berjumpa jodoh di baitulmuslim.com. Ini adalah mesej yang di hantar kepada kami : 

 

 

" Salam, saya berkenalan dgn zauj saya melalui baitulmuslim pada xxx  lalu, bertaaruf pada akhir xxxx  n bertunang pada xxxx ...kami bru sahaja melangsungkn perkahwinan pd xxxxx . Alhamdulillah....terima kasih baitulmuslim kerana mnjadi pengantara di antara kami dlm mncari jodoh dlm cara yg diberkati Allah n jauh dr perkara2 munkar...moga admin n sesiapa yg terlibat dirahmati Allah...amin.. " 

 

 

Alhamdulillah, satu pasangan lagi berjaya disatukan. Tahniah dan barakallah untuk pasangan tersebut. 

  •  

dapat satu sms hari ni:

"assalamualaikum ustaz, saya xxx salah seorang peserta baitulmuslim yang ustaz pernah takruf di masjid shah alam pd hujung tahun 2012 . saya nak dapatkan alamat untuk hantar kad jemputan walimatulurus saya dan bakal isteri"

tahniah. kami memang ada sediakan cenderamata khas dari baitulmuslim.com JIKA kami sempat hadir walimatulurus ahli, kalau tak sempat datang ambik kat shah alam na.

Assalamualaikum. Pihak baitulmuslim.com menerima email lagi dari seorang calon tentang penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak baitulmuslim.com. Berikut adalah email yang dihantar :  Salam admin, Firstly sy nk ucap tq sbb wujudkn website bm ni...Alhamdulillah sy dh brjumpa bakal isteri sy melalui bm ni & bakal melangsungkan pd xxxx (kalo xde aral)... trima kasih kpd admin skali lg sbb brjaya satukan pasangan2..smoga Allah dpt merahmati & mebalas budi admin2 semua...insya Allah sy akn menjemput admin2 ke kenduri sy nnti... Sekian,tq Tahniah buat pasangan yang bakal berkahwin ini. Kami doakan semoga dalam berkah dan lindungan Allah sentiasa.Amin. Adminbaitulmuslim.com

Assalamualaikum... 

Hari ini kami kongsikan lagi mesej ringkas daripada calon di baitulmuslim.com. Email ringkas calon tersebut lebih kurang begini :

 

Salam Admin, FYI. saya telah menemui jodoh melalui baitulmuslim.com. Thanks & Regards, xxxxx.  Alhamdulillah, lagi satu pasangan berjaya menemui jodoh di baitulmuslim.com. Kami mendoakan yang terbaik untuk kedua2 calon tersebut. Barakallah dari kami. Tahniah.  Adminbaitulmuslim.com 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami kongsikan lagi email daripada calon di baitulmuslim.com. Emailnya adalah seperti berikut :  Assalamualaikum  Salam Maal Hijrah, Saya nak mengucapkan terima kasih kepada admin dan seterusnya kepada staf2 yg menguruskan baitulmuslim.com, Alhamdulillah saya dah pon berjumpa dgn calon isteri saya dalam bm ni jg. Sekarang ni kami baru memulakan proses membuat paperwork untuk pernikahan nanti. Semoga Allah memberi keredhaan dan kejayaan kpd admin dan staf2 baitulmuslim.com sekalian. semoga bm dapat meneruskan usaha murni ini. Semoga Allah permudahkan dan memberkati usaha kami untuk membina sebuah rumahtangga yang bahagia.. amiin Terima kasih semuaxxxxxxxx    Alhamdulillah. Satu pasangan lagi berjaya disatukan. Semoga rumah tangga pasangan ini dirahmati Allah. 
Tahniah.  AdminBaitulmuslim.com

Assalamualaikum.

Kami menerima lagi email daripada salah seorang ahli berdaftar di baitulmuslim.com. Email ringkas tersebut adalah seperti dibawah : 

 

Salam admin Baitulmuslim, Saya ingin memaklum kepada pihak Tuan, saya dah bertemu jodoh denganseseorang yang bernama xxxx di Baitulmuslim. Kami sudah bertunang, dahkami akan melansungkan perkahwinan bulan xxxx  ini, insya-Allah. (harap dapatdoakan kami) Saya ingin mengucapkan banyak2 terima kasih atas segalabantuan yang diberikan. Teruskan usaha anda BM !! =)  salam,xxxxx (nama)  Alhamdulillah. Satu lagi pasangan berjaya disatukan. Moga Allah merahmati kedua bakal pengantin ini. Amin. Admin baitulmuslim.com

Assalamualaikum. 

Pihak baitulmuslim.com telah menerima email daripada salah seorang ahli yang berdaftar di baitulmuslim.com. Email daripada calon tersebut adalah seperti ini :

 

"Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas semua nikmat-Nya kepada hamba-hambaNya. Untuk pengetahuan admin, saya ditakdirkan Allah bertemu jodoh di ruangan Baitul Muslim.com pada akhir tahun xxxx selepas disyorkan oleh seorang sahabat supaya menggunakan website Baitul Muslim.com sebagai salah satu usaha mencari jodoh. Kini saya dan bakal suami  sedang dalam persiapan membuat urusan walimah yang akan diadakan awal tahun xxxx. Ruangan yang disediakan oleh Baitul Muslim.com benar-benar membantu saya bertaaruf dan mengenali bakal suami dengan cara yang berlandaskan syariat Islam. Alhamdulillah.  Sekali lagi, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah menggerakkan hati saya menggunakan ruangan Baitul Muslim.com dalam mencari pasangan hidup yang soleh. Terima kasih juga kepada pihak admin Baitul Muslim.com yang berjaya menyediakan ruangan yang sangat baik dan memenuhi landasan Islam dalam membantu muslim dan muslimah mencari jodoh mereka mengikut lunas-lunas Islam. Syabas." Pihak baitulmuslim.com sangat gembira dengan berita ini. Tahniah sekali lagi buat bakal pengantin. Semoga rumah tangga yang dibina nanti dalam barakah Allah. Admin Baitulmuslim.com  

Assalamualaikum.

Kami menerima email dari calon yang telah bertemu jodoh di baitulmuslim.com. Ini adalah email ringkas dari calon tersebut :

 

Dear Admin,

Alhamdulillah kerana baitulmuslim telah menjadi 'alat' mempertemukan jodoh. Saya telah pun menemui jodoh yg juga melalui baitulmuslim. Hanya Dia yang mempermudahkan segalanya. 

Terima kasih.

 

Syukur pada Allah, kerana telah bertemu jodoh. Tahniah daripada pihak baitulmuslim atas jodoh tersebut. Kami hanya membantu. Allah jualah yang menentukan segalanya.

 

Moga pasangan tersebut dapat membina rumah tangga yang barakah nanti. Mudahan.

 

Admin

Baitulmuslim.com.

Assalamualaikum,

kami terima email lagi daripada calon di baitulmuslim.com. Email ringkas calon tersebut adalah seperti berikut :

 

"salam..

sy ucapkan ribuan terima kasih kepada baitulmuslim kerana sy telah bertemu jodoh dgn bakal isteri sy yg xxx bulan lg akan melamsungkan perkahwinan...


terima kasih".

 

Alhamdulillah, tahniah buat calon dan pasangan. Harap dapat membina sebuah keluarga yang bahagia dalam barakah Allah nanti.

Tahniah dari kami pihak baitulmuslim untuk calon.

 

Admin

Baitulmuslim.com

 

 

Assalamualaikum. Pihak baitulmuslim.com menerima email lagi dari calon yang dihantar melalui email. Berikut adalah email yang dihantar kepada kami :

 

assalamualaikum..dgn izin Allah,sabtu lepas,selamatlah sy bergelar tunangan org..sy knl tunang sy di baitul muslim pd xxxx..inshaAllah xxxxx nnt kami nikah..doakn hubungn ini diberkati...niat yg baik pst dipermudahkn...

 

Alhamdulillah, semoga pasangan ini mendapat keberkatan daripada Allah di atas perancangan untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga. Semoga rumah tangga yang bakal dibina nanti dalam mawadah, rahmat dan barakah Allah.

 

Amin.

 

 

Admin

Baitulmuslim.com