Bertemu Jodoh

Kepada pasangan yang bertemu jodoh di Baitulmuslim.com, anda boleh memaklumkan kepada kami. Klik sini untuk mengisi makluman bertemu jodoh.


Assalamulaikum, 

Alhamdulillah, sekali lagi baitulmuslim.com menjadi perantara untuk disatukan 2 insan. Berikut adalah email yang pihak kami terima :

saya sudah pun bertemu jodoh dengan seseorang dari ahli Baitul Muslim juga. Insyaallah, bulan xx ni kami bakal disatukan. Perkenalan kami bermula akhir xxxx dan  xxxx yang lalu kami telah pun bertunang. Sekali lagi terima kasih banyak2 kepada pihak Baitul Muslim dalam usaha mewujudkan web sebegini. Terima kasih....semoga usaha pihak Baitul Muslim akan memudahkan calon yang lain bertemu jodoh mereka di jalan yang diredhai Allah. Amin.

 

Semoga bahtera rumah tangga yang bakal dibina nanti dalam mawadah dan rahmat Allah. Tahniah sekali lagi pada pasangan. :)

 

Admin 

Baitulmuslim.com

 

Assalamualaikum,

Semalam kami mendapat email dari ahli yang berdaftar di baitulmuslim.com berkenaan jodoh beliau. Ini adalah email yang di hantar kepada baitulmuslim.com :

 

Assalamualaikum.. :)

Alhamdulillah pembuka kata,
Terima kasih tak lupa juga,
BaitulMuslim medan perantara,
Tapi jodoh dariNYA jua..

InsyaAllah..majlis perkahwinan xxxxx & xxxxx pada xxx dan xxx..
Alhamdulillah & setinggi ucapan terima kasih buat team BaitulMuslim & semoga berjaya didunia dan diakhirat..
Doakan kami..

Assalamualaikum... :)

 

Alhamdulillah. Lagi pasangan yang berjaya dijodohkan. Bab kata beliau, bukan kami yang menetukan, tapi Allah swt. Baitulmuslim.com hanya sebagai ruang dan peluang. Jika masih mencari pasangan, boleh sertai kami.

Jazakallah

 

admin baitulmuslim.com

Salam.  Team baitulmuslim.com menerima mesej dari ahli yang berdaftar di baitulmuslim.com.Ini adalah mesej dari beliau : "Assalamualaikum...saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak baitul muslim di atas kemudahan yg disediakan bagi kami ,muslimin muslimat dalam usaha mencari jodoh.. Alhamdulillah, saya telah berkenalan dgn bakal isteri pada bulan xxx. perkenalan kami yg singkat terus dibawa kepada pengetahuan org tu saya dan dia alhamdulillah, tali bertunangan telah diikat pada bulan xxx. Insyaallah, dgn izinNya, majlis pernikahan kami akan diadakan pada xxx.. Dan majlis kami pada xxx. Disini saya ingin menjemput admin ke majlis sy pada xxx di xxx. Mohon berikan alamat. Terima kasih yang tidak terhingga atas usaha pihak baitulmuslim dalam mewujudkan ruangan ini... hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian.. barakallah... " Alhamdulillah, semoga pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga ini dalam barakah Allah. Tahniah dari kami, team baitulmuslim.com.  (^_^) 

 

 

Admin

baitulmuslim.com

 

Assalamualaikum.

 

Semalam, pihak baitulmuslim.com telah menerima satu email daripada ahli yang berdaftar di baitulmuslim.com. Emailnya adalah seperti yang di bawah :

 

" Terlebih dahulu terima kasih pada ALLAH kerana telah menemukan jodoh. terima kasih juga pada baitul muslim kerana menyediakan tapak untuk bertemu jodoh.. syukur alhamdulillah pada ALLAH kerna dengan izin Nya saya telah dipertemukan jodoh di laman ini.. setelah sekian lama pencarian akhirnya saya bertemu juga pasangan hidup saya. mungkin terlalu awal.. setelah bertemu dengan kedua orang tua pasangan masing-masing.. setelah perbincangan kami bersetuju untuk pada bulan xxx nanti untuk merisik.. dan pada bulan xxx pihak saya akan menghatar rombongan peminangan..  

Ribuan terima kasih pada admin kerana dengan bantuan pihak admin saya bertemu jodoh.. syukur alhamdulillah... mohon doanya... "

Alhamdulillah, satu pasangan lagi telah bertemu jodoh. Kepada yangf menghantar email, semoga anda cepat-cepat kahwin dan hidup sebagai suami isteri yang sah dan barakah. Taniah dari kami.

 

Admin 

Baitulmuslim.com

Assalamualaikum, 

Semalam satu email lagi kami terima dari ahli yang berdaftar di baitulmuslim.com. Email yang dihantar berbunyi begini, 

Saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pihak BM kerana telah mewujudkan laman web seperti ini.
 

Alhamdulillah dengan izin Allah,saya telah berkenalan dengan seorang yg serius melalui BM ini.
Minggu lps keluarga saya telahpun merisik sebelah perempuan,dan akan ditunangkan selepas hari hari raya.
Segala jasa baik pihak BM saya dahulukan dengan Jazakallahu khairan Khasira.

 

Alhamdulillah. Tahniah kepada pasangan dari kami team baitulmuslim.com. Semoga cepat-cepat membina rumah tangga muslim yang diredhai Allah.

wassalam,

 

Admin

baitulmuslim.com

Assalamualaikum.

Kami menerima lagi email daripada pasangan yang berjaya mendapat jodoh. Email daripada calon tersebut adalah seperti di bawah : 

 

"Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, saya telah berjumpa calon yang sesuai & kami telah berjumpa keluarga masing2..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak baitulmuslim & moga Allah merahmati usaha-usaha murni kalian dan Allah memberi ganjaran di sana..Insha Allah.."

 

Alhamdulillah, kami pihak baitulmuslim.com mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Semoga dapat melangsungkan perkahwinan dengan segera dan hidup dalam keberkatan daripada Allah sebagai suami dan isteri.

Tahniah sekali lagi dari kami.

 

admin

baitulmuslim.com 

Kami menerima lagi email daripada salah seorang ahli berdaftar baitulmuslim.com hari ini. Ini emainya :

Assalamualaikum..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kpd pihak baitulmuslim kerana telah menjadi medium/wadah pertemuan jodoh sy dgn suami.

JazakaAllahu bi khairin jaza'.

Alhamdulillah. Lagi pasangan berjaya disatukan. Moga keduannya bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. 

amin.

admin baitulmuslim.com

 

 

 Alhamdulillah, kami menerima satu email dari ahli berdaftar di baitulmuslim.com yang memberitahu dia sudah bertemu jodoh. Berikut adalah email dari calon tersebut :  " Assalamualaikum...saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak baitul muslim di atas kemudahan yg disediakan bagi kami ,muslimin muslimat dalam usaha mencari jodoh.. Alhamdulillah, saya telah berkenalan dgn bakal suami pada xxxxx.. perkenalan kami yg singkat terus dibawa kepada pengetahuan org tua... alhamdulillah, tali bertunangan telah diikat pd xxxx .. in sya allah, dgn izinNya, majlis pernikahan kami akan diadakan pada  xxxxxx.. Terima kasih yang tidak terhingga atas usaha pihak baitulmuslim dalam mewujudkan ruangan ini... hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian.. barakallah... " 

 

Alhamdulillah, kami hanya menolong apa yang termampu. Yang selebihnya adalah usaha calon dan tawakal kepada Allah.Barakallah buat pasangan yang bakal berkahwin ini. Semoga perkahwinan yang dibina nanti sakinah, mawaddah dan rahmah.

 

Wallahualam. 

 

Admin 

baitulmuslim.com

seorang lagi mendapat jodoh di baitulmuslim.com:

"as slm..tlebih dahulu sy mgucpkn trm kasih ke ats pihak baitulmuslim krn tlh mberi pluang & ikhtiar utk sy sbg ahli utk mdptkn psgn y sesuai.sy skang ni sudh mempunyai psgn & bkl berkahwin tdk lm lagi."

tahniah dan moga mendapat redha Allah. 

Pendapat email dari ahli baitulmuslim.com

Assalamualaikum Puan/Tuan Admin
 
Alhamdullilah, dalam pengawasan Allah dan ketentuannya kami dipertemukan Allah dalam medium Baitulmuslim.
 
Kami mengikat tali pertunangan pada xxxx 2013.
 
Proses ta'aruf, merisik, bertunang dan seterusnya urusan pernikahan dan walimah dan kehidupan seterusnya sentiasa dalam keberkatan Allah hendaknya.
 
In shaa Allah kami akan melangsungkan pernikahan pada xx Mei ni.  
 
Jemputan juga untuk admin ke majlis kami dan harap sangat dapat mengenali admin.
 
Jazakumullah khairan kasiran.