Bertemu Jodoh

Kepada pasangan yang bertemu jodoh di Baitulmuslim.com, anda boleh memaklumkan kepada kami. Klik sini untuk mengisi makluman bertemu jodoh.


assalamualaikum ..

alhamdulillah melalui baitul muslim saya mengenali seseorang dan kami akan mengikat tali pertunangan seminggu lagi . terima kasih banyak2 dan doakan kami ye .

Admin; Tahniah dari kami. semoga majlis pertunangan nanti akan berjalan dengan lancar

Alhamdulillah, syukur tak terhingga kp Allah swt yang telah menemukan sy dgn jodoh yg juga seorang peserta baitulmuslim. Jodoh sy ialah XXXX dari ZZZZ. Kami telah bertunang dan akan bernikah pd awal bulan Jun 2013.  Sy mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada baitulmuslim, dan berharap baitulmuslim akan terus membantu org ramai mencari pasangan hidup.

 

Tahniah dari kami. Pihak Baitulmuslim.com mendoakan agar bakal pasangan ini akan bahagia dan semoga perjalanan majlis nanti berjalan lancar. InsyaAllah.

Admin 2

menerima email ini:

Assalamualaikum wmt. wbt.

Pertamanya saya dan tunang saya, XXXX ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan sekalung penghargaan kepada portal baitulmuslim.com kerana menyediakan platform pertemuan dua hati, seterusnya telah menemukan dan menautkan kami berdua.

Insya Allah kami akan melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan Jun nanti...

Segala jasa baik pihak admin didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha kalian diberkati dan dirahmati Allah.

Wassalam.
YYYY

tahniah diucapkan dan semoga perhubungan mengikut nas-nas syarak

 

 

mendapat email dari peserta baitulmuslim.com "Assalamualaikum admin, Saya dan pasangan telah bertemu di baitulmuslim.com ini..Kami sedang dalam peringkat mengenal hati budi masing..Dengan sebab itu, saya tak login lagi..In shaa Allah sudah tiba masanya, kami akan menjemput pihak baitulmuslim memeriahkan majlis kami nanti :)"

tahniah diucapkan dan diharapkan menjaga batas pergaulan semasa perkenalan .

 

 

mendapat email dari sahabat baitulmuslim.com:

Assalamualaikum admin... saya ingin memaklumkan bahawa sy telah ketemu pilihan hati di laman cari jodoh ini. InsyaAllah kami akan disatukan pada xxxx ini. Doakan urusan kami berjalan lancar dan bercinta hingga ke 
syurga dan kerana Allah ta'ala. Jutaan terima kasih kepada admin. Tanpa ruangan yg diberi belum tentu sy dapat bertemu pilihan hati. Tqvm...

mendapat email dari sahabat baitulmuslim.com:

Assalamualaikum admin... saya ingin memaklumkan bahawa sy telah ketemu pilihan hati di laman cari jodoh ini. InsyaAllah kami akan disatukan pada xxxx ini. Doakan urusan kami berjalan lancar dan bercinta hingga ke 
syurga dan kerana Allah ta'ala. Jutaan terima kasih kepada admin. Tanpa ruangan yg diberi belum tentu sy dapat bertemu pilihan hati. Tqvm...

mendapat email dari peserta baitulmuslim.com:

salam, admin,  ... saya dah berjumpa dengan pasangan saya disini. Kami akan berkahwin pada bulan 3 tahun depan. .... terima kasih.

tahniah diucapkan

mendapat email dari ahli baitulmuslim.com:

Pertamanya saya mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana telah membuka hati saya dan pasangan utk mengisi borang bait muslim di web baitulmuslim yang dikendalikan oleh para admin sekalian.

Alhamdulillah dan sekalung penghargaan terima kasih saya dan bakal tunang sy ucapkan kepada pengendali web baitulmuslim kerana website ini telah menjadi wadah kepada pertemuan kami.

Buat pengetahuan pihak admin, sy dan xxxxxx akan mengikat tali pertunangan pada xx Disember ini di rumah
saya, di xxxxxxx.


Semoga byk lagi pasangan yg akan bertemu jodoh selepas ini dan dengan doa moga web baitulmuslim akan terus sukses dan dirahmati Allah dalam menjalankan usaha-usaha ke arah membina rumahtangga bahagia; mawaddah, rahmah wa sakinah.

Terima kasih, jazakumullah dan semoga Allah terus memberkati kalian.

Ikhlas daripada,

 (calon lelaki)

 (calon wanita)

12.12.12

 

tahniah diucapkan.

 

mendapat email dari seorang sahabat baitulmuslim:

as salam, kepada admistrator web...saya xxxxxxx alhamdulillah telah menemui jodoh dalam web ini...insya allah tahun depan majlisnya...terima kasih saya ucapkan......terima kasih saya ucapkan

terima kasih kerana memaklumkan baitulmuslim.com atas pertemuan jodoh anda. harap diajak makan nasi minyak masa kenduri nanti :) .

 

 

Mendapat jemputan ke majlis perkahwinan sahabat baitulmuslim.com

"Assalamualaikum..kami dengan berbesar hati menjemput pihak admin baitulmuslim ke majlis penyatuan cinta saya dan bakal suami. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami berdua merupakan pengguna baitulmuslim.com. Ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjadi titik permulaan taaruf dengan bakal suami. Semoga rumahtangga yang bakal dibina mendapat redho-NYa..InsyaAllah Selamat menyambut hari raya aidil adha yang bakal tiba. wassalam"

tahniah dan terima kasih diucapkan. Harap ramai lagi pasangan yang berjumpa jodoh di baitulmuslim.com memaklumkan pertemuan jodoh mereka. Kami di baitulmuslim.com tidak akan tahu apa yang berlaku jika tidak dimaklumkan.