Bertemu Jodoh

Kepada pasangan yang bertemu jodoh di Baitulmuslim.com, anda boleh memaklumkan kepada kami. Klik sini untuk mengisi makluman bertemu jodoh.


Seorang peserta cari jodoh baitulmuslim.com telah menghantarkan email berikut:

kepada baitulmuslim.com, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih, kerana alhamdulillah, dgn izin Allah, sy bertemu dengan bakal suami saya melalui website ini. kami telah selamat ditunangkan semalam, XX/09/2012.. alhamdulillah alhamdulillah.. terima kasih sekali lagi. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan usaha kalian.. syukran :)

diharapkan ramai lagi tampil untuk memaklumkan pertemuan jodoh mereka di baitulmuslim.com. harap maklum.

seorang sahabat baitulmuslim.com menghantar email dan memaklumkan dia bertemu jodoh di baitulmuslim.com dan akan mendirikan keluarga pada bulan syawal ini. tahniah diucapkan. diharapkan ramai lagi yang tampil memaklumkan pertemuan jodoh mereka di baitulmuslim.com kerana jika tidak dimaklumkan, pihak baitulmuslim.com tidak ada tahu perkara tersebut.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Musim cuti sekolah ramai yang melangsungkan perkahwinan. Hadir ke majlis perkahwinan seorang ahli usrah. Di majlis ini dimaklumkan bahawa mereka bertemu jodoh di baitulmuslim.com. Pulang dengan merasakan misi baitulmuslim.com iaitu "Memastikan setiap muslim berkeluarga" serba sedikit berhasil. Syukur yang amat tinggi kepada Allah kerana nikmat yang diberikan.

Baitulmuslim.com bukanlah penentu, ia cuma medium. Usahanya dari kita dan rezeki/takdirnya dari Allah s.w.t. Teruskan usaha dan banyakkan tawakkal kepada Allah.

Seorang sahabat baitulmuslim.com menulis:  "Stkt ni alhamdulillah sy telah pon brjumpa dgn slh sorg calon di baitulmslim, dan kami mmg berniat utk mndirikan rumahtangga. sy rs x perlu lagi sy mencari lagi calon2 yg lain. dgn izin Allah, terima kasih diucapkn kpd baitulmuslim.com krn tlh menemukn sy dgn jodoh sy... i"Allah..."

Kita doakan keredhaan Allah dalam kehidupan seharian. Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang: "Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

seorang sahabat baitulmuslim.com ada menghantar pesanan kepada kami:

"InsyaAllah saya akan melangsungkan perkahwinan bulan enam ni. Sesi takruf dilakukan oleh pihak baitulmuslim. Terima kasih"

Moga perkahwinan diredhai Allah. Sabda Rasulullah SAW : Ertinya : Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi. (Riwayat Al-Bukhari Muslim)

kami dimaklumkan bahawa seorang sahabat baitulmuslim.com sudah bertemu jodoh dan akan melangsungkan pertunangan tidak lama lagi. Tahniah dan moga mendapat redha Allah. Kami mengharapkan ramai lagi sahabat yang lain memaklumkan kepada info@baitulmuslim.com tentang pertemuan jodoh mereka di laman web ini. Tanpa makluman daripada sahabat semua, kami tidak akan tahu siapa yang telah bertemu jodoh di sini.

Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".

Seorang sahabat baitulmuslim.com telah menghantar email kepada baitulmuslim.com:

Alhamdulillah,sy btrima kasih pd baitulmuslim menemukan saya dan si dia atas izin Allah..kami juga ada merancg untuk ke gerbang perkahwinan tapi buat mase ni saya nk habiskn beljar dulu,insyaallah habis belajar kami akan bernikah :)

Tahniah dan moga diberkati Allah.

 

Salam, sy ingin menjemput pihak admin ke majlis walimatul urus sy NAMA CALON WANITA dan pasangan NAMA CALON LELAKI pada XX/11/11 di XXXX.Alhamdulillah, kami telah bertemu jodoh di baitulmuslim.com...mula berhubung pada akhir bulan 4 tahun ini, dan telah bertunang pada XX/X/11..
.Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami dalam mencapai kata sepakat utk membina hubungan yg suci..berterima kasih kepada website baitulmuslim.com kerana menjadi jambatan utk kami dalam membina baitul muslim...kami memohon agar pihak admin mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami hingga ke syurga...amin..=)

- beberapa maklumat di diubah untuk menjaga privacy. tahniah kepada pasangan berkenaan.

 

 

satu pasangan sahabat baitulmuslim.com yang dipertemukan melalui laman web baitulmuslim.com sudah selamat diijabkabulkan. semoga perkahwinan mereka diberkati Allah. 

“Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain.”
(Hadith riwayat At-Tabrani)

 kami ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan yang baru diijab kabulkan semalam (maklumat lanjut tidak dinyatakan di sini) . mereka mula bertemu pada sesi takruf di baitulmuslim.com dan akhirnya bersetuju untuk mendirikan rumah tangga. kami ucapkan selamat berbahgia kepada pasangan tersebut. peringatan: sesi takruf ialah sesi suai kenal dan bukannya sesi 'berkenalan dan mesti berkahwin'. jadi bergantung kepada calon takruf untuk meneruskan perkenalan ataupun tidak.