TANDA-TANDA ANDA SEDANG JATUH CINTA

TANDA-TANDA ANDA SEDANG JATUH CINTA

"ramai di luar sana yang tidak sedar yang mereka sedang jatuh cinta dengan seseorang"

Dikarang oleh Inaaina | Berita

Entri sebelum ini kami pernah menceritakan tentang Tanda si dia tidak serius dalam bercinta dan Tanda anda sedang rindukan seseorang, namun untuk entri kali ini, kami akan berkongsi mengenai tanda anda sedang jatuh cinta. Sebenarnya ramai di luar sana yang tidak sedar yang mereka sedang jatuh cinta dengan seseorang. Berikut kami kongsikan beberapa tanda yang anda sebenarnya sedang jatuh cinta:

Apabila anda sedang jatuh cinta pada seseorang, anda sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam. Anda asyik terbayangkan wajah si dia sahaja, lalu anda pun tertidur dengan hati yang berbunga-bunga. Bahagia sangat hidup pada waktu itu.

Apabila anda terserempak dengan si dia, hati anda asyik berdebar sahaja. Tetapi, dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa anda seronok dapat berjumpa dengan si dia. Mulut kata malu tapi hati kata mahu.  



Tiba-tiba anda berasa sangat rindu akan si dia. Tengah buat kerja pun tak boleh fokus, sebab terlalu rindu. Tangan rasa gatal je nak call or text si dia.

Anda berasa sangat jealous apabila anda terserempak dengan si dia bersembang dengan lelaki/perempuan lain. Luluh hati dan perasaan anda. Jelas, memang anda sedang jatuh cinta dengan si dia!

Anda sentiasa bersemangat dalam melaksanakan tugas harian anda. Kalau sebelum ini, bangun pagi pun susah, tapi sekarang, tak sempat alarm clock memanggil lagi, anda dah pun bersiap nak ke kerja/kuliah. Nampak tak penangan cinta?

Anda sudah pandai menjaga penampilan anda. Bagi yang perempuan, dah pandai touch up, bagi lelaki pula, dah pandai berwangi-wangian untuk ke kerja/kuliah. Anda nak sentiasa tampak anggun dan kemas sahaja di depan si dia.

Haaa. Kalau betul anda ada tanda-tanda di atas, sah anda sedang jatuh cinta dengan seseorang. Alangkah indahnya hidup kalau cinta anda itu terbalas kan. Selamat bercinta! ;)

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar