Sebagai orang Islam, percayalah bahawa tidak ada satu perkara pun yang tidak dapat diselesaikan dengan bantuan Allah. Maka dengan itu, berdoalah. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah dibandingkan doa.” (Riwayat At.Tirmidzi).
Seperti yang sudah diketahui umum, urusan jodoh adalah di tangan Allah SWT. Jodoh adalah takdir yang sudah Allah tetapkan bagi umat manusia. Kalau mahu mencari, bukan hanya berdasarkan pada paras rupa sahaja, malah, haruslah bagus juga imannya terhadap agama.
Secara realitinya, antara sedar tak sedar, semua yang diciptakan oleh Allah SWT adalah secara berpasang-pasangan. Ianya adalah fitrah kepada para makhluknya supaya sentiasa merindukan pasangan hidup. Selain itu, mereka juga akan dahagakan belaian kasih sayang daripada pasangan hidup masing-masing. Kerinduan ini pasti akan terubat apabila mereka menemui pasangan yang mereka cari. Allah SWT turut berkata dalam kitab-Nya,