Usah Risau Lambat Jodoh Asalkan Tak Tersalah Pilih Pasangan
Ajal, maut dan jodoh rahsia Allah. Lambat atau cepat mendirikan rumahtangga bukanlah penentu kebahagiaan sebenar.
Apa yang penting, persediaan melengkapkan diri dengan akhlak dan agama serta memilih jodoh yang tepat sebelum berkahwin.
Jika kita lihat di laman media sosial ramai anak-anak muda yang berkongsi foto-foto terkini yang baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan.